Simcard banyak dan satu simcard digunakan max untuk 2 gadis. Macam mana kau sorokkan simcard kau yang banyak2 tu, kalau Allah nak tunjuk sure kantoi gak.
Sim card banyak, lebih dari 3. Manusia biasa yang bekerja sebagai professional perlu ke simcard banyak ? Seolah kau dalam misi rahsia yang memerlukan kau untuk menyorok identity. Yela, handphone nya mungkin ada 2 atau 3 je tapi simcard sampai 6, 7 . aweks keliling pinggang tu perlu lah dijadualkan dan mengikut giliran untuk dilayan oleh mamat playboy ni. Bila call,hari lain selain hari yang dia selalu contact kau, number yang kau selalu contact dia mesti off.
Seolah Kau Dijadualkan (routinely)
Kau akan rasa hubungan kau macam dijadualkan.
Em, dalam sebulan dua bulan, kau akan rasa macam hubungan kau sangat routine. Contoh, mungkin hari Isnin Selasa, akan fully bersama kau dari segi SMS, calls tapi bila hari lain, memang susah nak contact dan jika kau hantar pesanan ringkas pun,mungkin dia akan reply atau mungkin tidak. Dan akan berulang untuk minggu-minggu seterusnya. Isnin Selasa hari kau, hari lain orang lain pulak. Kalau nak bual on call pun akan ada limit time.
So beware kalau bf kau set timing macam ni dan beware bila kau merasa hubungan kau macam jadual.
Tersasul Bahasa Panggilan
Kerap tersilap panggil .
Playboy ? Tentu lah banyak gadis keliling pinggang dan setiap gadis itu dibahasakan dengan panggilan yang berbeza. Mungkin dengan gadis A dia bahasakan diri ‘abang’.mungkin dengan gadis B dia bahasakan diri ‘I You I you’, mungkin gadis C pula ‘Ayang Baby Ayang Baby’ etc.. Yang pernah aku alami, bahasa panggilan kami sekadar saya awak je tapi seringkali dia seolah tersilap panggil. Mana tak nya, sedang dia sms bunga dengan kau, at the same time 2 handphone lain standby depan dia. Layan 3 gadis dalam satu masa, tentu sekali tersilap bahasa panggilan.
So beware kalau bf korang tersasul terpanggil kau selain nama manja yang korang selalu guna.
Terlupa Topik Perbualan
Banyak benda yang kau bual dengan dia tapi kerap dia lupa.
Last week beriya berbual gelak ketawa tapi minggu lain bila diungkit balik topic yang hangat dibualkan minggu lepas, playboy ni dia ingat tak ingat. Yelah, sebab banyak benda dibualkan dengan banyak gadis. Focus nya bukan pada kau seorang saja. Even tersasul panggil nama kau jua.
So beware kalau partner kau kerap terlupa apa yang dibualkan dan dibincangkan.
Lesap Tiba-Tiba : Alasan tak munasabah
Selalu hilang tiba-tiba dan alasan yang diberi selalu tak logic dan tak kena dalam sesuatu keadaan.
Sedang elok ber SMS,tiba-tiba lesap tanpa khabar berita. Tahu-tahu lepas dua hari ,muncul balik dengan alasan yang tak logic. Tahu-tahu je fly pergi Hong Kong ada urusan kerja. Tiap kali lesap, alasan pun lebih kurang.
So beware kalau bf korang ni selalu lesap tiba-tiba dan beri alasan tak munasabah.
Happy reading and have a nice day..
No comments:
Post a Comment