About Me

- Xilo Grimmie Rawckstar
- About Xilo Grimmie Rawkstar -XSUKA DIHINA -xsuka dgn org yg byk songeh n mengumpt dr belakg,xpuas hati FACE TO FACELAA -ANTI PLAYBOY -TAKEN BY XXXXX :) - like to listening the music ( buat saya teng especially mndgr lagu Akim_janji ) -SUKA MAKAN ICE CREAM,MILO N LAIN2 LAGI !!! -suka kawan dgn org sama gile dgn akue la :)) satu kpla sng nak share cite kot ! - unlike CRAZY GIRL:)) serbe sedikit kn bercerita ttg saya tas td kn ? :) yeahh ! peace yaw ! :D Aku seorang yang...jeng3 ! ini senarainya : -MUDAH MESRA TAPI XGATAL OKEY -xsombong -MUDAH SENYUM DAN TERTAWA -MUDAH KECIK ATY tapi law pandai pujuk CEPAT SEJUKNYA ! -xlokek berkongsi ilmu yg ada -ske wat org hepy espically my family n gf :) -amalkn prinsip ' TIADA ORG YG BERANI GAGAL DGN TERUK UTK MNCAPAI KJYAAN DGN HEBAT jikalau dia mnydari kslhnnya itu' LOVE ALLAH :) LOVE PROPHET:) LOVE FAMILY:) LOVE MY FRENS:) LOVE GF:) LOVE ALL WHO LOVE ME:) !:D ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥♥♥ Sex male
Tuesday, 22 November 2011
Kenapa Api Kalah Pada Air
Sejak azali manusia mempelajari 4 unsur bumi iaitu api, air, angin dan tanah. Ada juga yang menyatakan unsur kehidupan bumi sebenarnya ada 7, iaitu ditambah dengan kayu, cahaya dan kegelapan.
Salah satu yang akan dijelaskan di sini ialah kenapa unsur api kalah pada unsur air. Unggun api dipadamkan dengan air. Racun nyamuk dipadam dengan air. Kebakaran dipadamkan oleh air dari pili bomba. Sebelum diketahui apa yang ada pada air yang mengakibatkan api terpadam, perlu diketahui dulu 3 komponen nyalaan api, iaitu perlu ada hadirnya oksigen, haba dan bahan bakar.
Apabila air disiram ke api, oksigen dari air akan menambahkan oksigen yang diperlukan oleh api. Jadi komponen api sudah tidak lagi seimbang untuk ia menyala. Komponen kedua api ialah haba. Air yang selalu digunakan untuk memadamkan api ialah air biasa, bukan air ais, bukan air mendidih. Air akan menurunkan haba pada nyalaan api, oleh sebab itu, api yang membiru jika direnjis sedikit air ia akan menjadi kekuningan sedikit menandakan suhunya menurun. Semakin banyak air disiram, semakin sukar bagi api untuk menyala.
Dan komponen ketiga bagi api, terdapat pengecualiannya. Air hanya akan memadamkan kebakaran yang bahan bakarnya seperti kayu, lilin, rokok, macis kayu dan kertas. Bagi bahan bakar seperti plastik, petroleum, arus elektrik dan gas, air tidak lagi boleh menjadi pemadam api yang baik, malah ia boleh menambahbesarkan nyalaan itu. Dalam keadaaan sebegini, unsur kehidupan lain seperti tanah adalah pembunuh utamanya. Unsur angin dan kayu pula adalah teman baik bagi api.
Jadi kesimpulannya, api kalah pada air kerana komponen- komponen api dilumpuhkan oleh air. Selain air, tanah juga boleh memadamkan api yang tidak terpadamkan oleh air. Dan kita tidak perlu menjadi saintis hebat, mahupun pakar fengshui, atau ahli kaji bumi untuk memahami konsep ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment