About Me

My photo
About Xilo Grimmie Rawkstar -XSUKA DIHINA -xsuka dgn org yg byk songeh n mengumpt dr belakg,xpuas hati FACE TO FACELAA -ANTI PLAYBOY -TAKEN BY XXXXX :) - like to listening the music ( buat saya teng especially mndgr lagu Akim_janji ) -SUKA MAKAN ICE CREAM,MILO N LAIN2 LAGI !!! -suka kawan dgn org sama gile dgn akue la :)) satu kpla sng nak share cite kot ! - unlike CRAZY GIRL:)) serbe sedikit kn bercerita ttg saya tas td kn ? :) yeahh ! peace yaw ! :D Aku seorang yang...jeng3 ! ini senarainya : -MUDAH MESRA TAPI XGATAL OKEY -xsombong -MUDAH SENYUM DAN TERTAWA -MUDAH KECIK ATY tapi law pandai pujuk CEPAT SEJUKNYA ! -xlokek berkongsi ilmu yg ada -ske wat org hepy espically my family n gf :) -amalkn prinsip ' TIADA ORG YG BERANI GAGAL DGN TERUK UTK MNCAPAI KJYAAN DGN HEBAT jikalau dia mnydari kslhnnya itu' LOVE ALLAH :) LOVE PROPHET:) LOVE FAMILY:) LOVE MY FRENS:) LOVE GF:) LOVE ALL WHO LOVE ME:) !:D ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥♥♥ Sex male

Tuesday, 22 November 2011

Mengelak Dari Terlebih Makan


Sekiranya anda perhatikan, negara-negara yang mempunyai masalah obesiti  adalah daripada negara yang berpendapatan tinggi seperti USA dan bahagian eropah. Ini disebabkan oleh kerana mereka tidak mempunyai halangan untuk menikmati makanan. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terlebih makan?
(1) Dapatkan zat yang secukupnya dalam satu hidangan- Tubuh manusia memerlukan protein, karbohidrat dan lemak yang secukupnya untuk memberikan tenaga kepada badan. Dapatkan pakej lengkap ini dalam satu hidangan terutamanya pada waktu makan tengahari untuk mengelakkan anda daripada cepat berasa lapar.
(2) Kurangkan membeli atau menyimpan stok makanan ringan- Nafsu makan anda akan meningkat sekiranya melihat makanan yang terhidang. Makanan ringan yang hanya memerlukan penyediaan yang amat mudah akan lebih mempengaruhi anda untuk makan.
(3) Minum air- Pada waktu petang terutamanya selepas makan tengahhari, kebiasaannya anda akan berasa lebih cepat lapar. Ini disebabkan oleh tenaga anda telah banyak digunakan. Minum air suam atau teh panas untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi dan secara tidak langsung akan membekalkan tenaga kepada anda.
(4) Makan mengikut masa- Rancang masa yang perlu anda makan. Ini secara tidak langsung akan melatih tubuh anda untuk mendapatkan makanan hanya pada waktu yang sepatutnya dan akan mengelakkan anda daripada terlebih makan.

No comments:

Post a Comment